Tuesday, May 20, 2008

PERANAN SEMUA PIHAK DALAM MENGATASI MASALAH DADAH

Peranan individu/ belia :-



  • tidak sesekali mencuba dadah
  • tidak berseronok secara berlebihan
  • kenalpasti pengaruh yang kurang sihat di sekeliling anda
  • jagalah harga diri
  • ketahuilah apa yang penting bagi diri anda
  • tingkatkan keyakinan diri pada setiap masa
  • sentiasa terapkan nilai yang baik dan mempraktikkannya
  • berkeyakinan dalam membuat keputusan bijak
  • mengatasi masalah bukan dengan dadah
  • bersikap rasional dan positif
  • hindari kawasan berisiko dadah
  • membantu persekitaran bebas dari dadah
Peranan ibu bapa/ keluarga
  • bentuklah anak-anak dengan memberikan kasih sayang
  • sentiasa menjadi teladan yang baik
  • mengambil berat dan berikan perhatian
  • sentiasa membimbing ke arah kesejahteraan
  • mendengar dengan aktif
  • tidak berperasangka buruk
  • menyelesaikan masalah yang ada
  • sentiasa berbincang dan bercakap benar
  • berikan alasan yang jelas
  • bersabar menghadapi karenah anak-anak
  • sentiasa bertolak ansur dan bersabar
  • jangan menghukum sebelum mendengan dan mengetahuii dengan jelas
  • faham perasaan anak dengan prihatin dan kasih sayang
  • berkomunikasi dengan berkesan dan hormati pendapat anak anda
  • ketahuilah apa yang anak-anak anda lakukan, siapa rakan-rakan mereka, kemana mereka pergi dan apa yang mereka lakukan pada masa lapang.
Peranan masyarakat:-
  • membantu dan menjana perlaksanaan program pemulihan
  • melibatkan diri dengan menyumbangkan idea, saranan dan tenaga bagi penyelesaian permasalahan dadah
  • penerimaan bahawa bekas penagih dadah masih berguna pada masyarakat
  • menyokong usaha ke arah membebaskan kawasan persekitaran dengan dadah
  • membimbing bekas penagih supaya lebih bertanggungjawab
  • memupuk semangat bencikan dadah
  • sentiasa berkerjasama dengan semua pihakuntuk menyekat kemasukan dadah ke kawasan setempat
Peranan sekolah & institut pengajian tinggi:-
  • membantu dalam usaha pencegahan dengan pengesanan awal penagihan di kalangan pelajar
  • mempelbagaikan usaha program pencegahan dadah
  • memantapkan kefahaman dan keyakinan pelajar dalam menolak dadah
  • menyediakan program yang berkesansupaya mesej dan sasaran lebih tepat
  • program penerangan mengenai isu dadah sentiasa dipertingkatkan selaras dengan perkembangan isunya
  • menyebarkan maklumat tentang bahaya dadah
  • menjadi penyalur maklumatyang efektif
  • bersama dalam merancang dan melaksanakan program untuk membasmi dadah
Peranan pertubuhan sukarela/ NGO/ swasta dan lain-lain:-
  • membantu bekas penagih dadah mengintegrasi diri dalam masyarakat
  • memberikan sokongan padu dengan mengambil bahagian dalam setiap program pemulihan dan aktiviti pencegahan
  • menyumbangkan idea, masa, tenaga dan wang ringgit dalam usaha membanteras dadah
  • menyediakan altenatif untuk penagih dadah mendapatkan kepulihan
  • mengakui kebolehan bekas penagih untuk berkerja

2 comments:

samirkail said...

Tioga style, steel frames - Titanium Sports
Tioga style, steel titanium dab tool frames. One titanium color of the most graphite titanium babyliss pro popular pieces of steel frames in titanium flask Japan is the used ford edge titanium frame of the Tioga frame of the new frame.

Unknown said...

ls304 air jordan deutschland,stockx slovenia,air jordan nz,pandora øreringe,pandora charms,stockx new zealand,jordans femme,pandora rings nz,pandora greece pc125

Your Text Herehttp://www.Maskahwin.com/index.php?ref=zaidimu